Wednesday, 16 January 2013

Bukan Biasa I.

Bismillahirrahmanirrahim


Ada sorang mak cik / miss/ kakak tu kan (this is bcause I'm not sure the status of the woman)
Dia hadiri program amal untuk Syria
Habis ja program tu
dia terus jumpa brother penganjur ni
dia kata
" Adik, akak nak derma gelang emas akak ni. Akak betul betul nak tahu tentang Syria. Betul-betul."

Tapi tahu tak rupa-rupanya

" Akak dah tak ada apa apa nak derma ni. Dompet akak kena curi semalam. SEMUA HILANG . Ini ja yang akak ada untuk bantu."

Whaaaaaaaaaaattttt???!

Sebagai manusia alaf ini,
Sebagai manusia akhir zaman ini,
Apabila ayat ni ku dengar
Aku benar benar terasa bagai dibawa ke zaman itu
Zaman Rasulullah,
Zaman iman, zaman paling indah.
Terasa, dia wanita dari abad itu

Dalam keadaan susah begitu
Dia menyerahkan hartanya
yang baginya orang lain lebih memerlukan
dalam keadaan dia yang memerlukan sebegitu

Oh Ya Allah
terasa kerdil hinanya
bila melihat jiwa sebesar wanita itu.
bila melihat iman sekukuh itu
menjadikan dia, luar biasa.

SubhanAllah,
ini lah yang dikata
yakin pada Allah melebihi segala yg dilangit dan bumi
yakin yang Dia Maha Menghitung
yakin yang Dia sentiasa bersama orang yang berbuat baik
yakin dan tawakkal

Ya Allah betapa peristiwa ini mengajarku
Untuk berjiwa besar
dan.... entah tak dapat aku ungkap di sini
kau fahamkan.

Kau tahu,
episod-episod seperti ini kalau pada zaman Rasul dan sahabat
adalah benda biasa.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...