Pages

Wednesday 26 December 2012

Not perfect.


Dini, you must know
not everyone will satisfy your heart
not everybody will understand you
not every people will show they care for you
not every person will make you smile
yea that's life

you must learn too
the persons who love you
they will not always make you happy and loved
not always make you feel understood
not 24 hours pay attention to you
not 3600 seconds be there for you
not always can read your heart and feeling
not always give you what you want
not every time , not every time
because
you should know

they are NOT PERFECT
just like you.

so
stop expecting them to give their superb treatment towards you

they are not perfect
and will never be

they make mistakes
they need time
they also have feeling

you must learn Dini
to attach your hope and expectation
only and only
to The One who Loves you every time.
who understands , listens to you

Allah loves you Dini. it is INFINITY

# I found it sooo hard to persuade and calm my heart these days. Keep on telling myself, "Everythings happens for good reasons" . Ya Allah help me through this. 

Tuesday 25 December 2012

MMF

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini cerita tentang........


23 Januari 19_ _

Seorang lelaki ini.
Waktu aku kecil, aku tak berapa rapat dengan dia.
Biasa-biasa ja.
Sebab waktu dia sekolah menengah, dia masuk asrama.
Dan bila aku sekolah rendah dia nak ke universiti dah.

Menurut mak, dia seorang penyabar.
Mac 2009, dia ditakdirkan untuk mengembara ilmu di tanah Sakura.
Untuk 2 tahun.
Tahun itu, memang tahun rindu bagiku.
Kerana rumah telah hilang dua orang penghuninya.
Seorang itu sementara, seorang itu selamanya.

Seingat aku, dari kecil
Dia suka berlawak dengan adik lelakinya yang sorang tu.
Mereka bagai belangkas.
Dan aku hanya tukang gelak bagi lawak mereka yang unik itu.

Sampai April 2011,
Kami sekeluarga ke KL untuk menjemputnya pulang.
Dia sudah tamat pengajian di bumi itu.

Dan sejak hari itu,
sampai sekarang.
Aku mula lebih mengenali dia dengan mendalam.
Sedikit demi sedikit.
Jika dilihat mata kasar,
dia memang seorang pandai berlawak
tapi, jika betul-betul mengenali
dia banyak ilmunya

Aku sampai terkagum
Bila ditanya tentang isu dunia atau semasa.
Dia kemukan hujahnya berdasarkan fakta .
Dan aku pasti dari jawapannya
Telah banyak buku dan bahan bacaan yang dibacanya

Pernah suatu hari,
Seorang kawanku tuduh melulu tentang isu politik negara kita di FB
Aku tanyakan pendapatnya,
Dia menjawab dengan sabar, setiap butir katanya
Yang paling ku suka, dia pandai dalam memberi contoh/analogi.
Untuk memudahkan pemahamanku

Dari sehari ke sehari,
Aku lebih mengenalinya
Suka berfikir, suka membaca, dan mengkaji
Antara katanya
"Kadang-kadang orang terlalu cepat percaya dengan berita yg didengar oleh mulut manusia, tanpa siasat/kaji dulu kebenarannya / sumbernya."

Bersembang dengan dia
Memang membuka minda.
Aku suka meminta pendapatnya, nasihatnya
Dan dia selalu mendengar ceritaku samada tentang kawanku, sekolah, masalahku.

MashaAllah
Suatu hari aku tanya
"Ada lagi ke laki yang soleh/beragama sekarang ni? Apa definisi soleh tu?"
Nampak tak keberanian di situ.haha
"Soleh tu tak semestinya dia ustaz. Hafaz Qur'an 30 juzuk. Susah nak cari. Tapi cari yang sentiasa ada keinginan untuk berubah ke arah lebih baik. SEntiasa cari kebaikan, nak baiki diri dan iman. Senang cerita, sentiasa cuba untuk jadi lebih baik "

Itu prinsipnya.
Aku terfikir, ada benarnya.
Kadang-kadang kita terlalu mengejar yang sempurna,
dan letak high expectation.
Akhirnya kita kecewa.
Kann?

Dia manja dengan emak ku,
selalu buat gaya ala-ala bayi yang tak berapa jadi tu.
Kononnya comelss.
Aku pun selalu tergelak.

Tanpa aku sedar,
aku sudah terikut-ikut untuk membaca lebih banyak.
Aku tanam azam untuk mengambil tahu banyak perkara sepertinya
Untuk berfikir di luar kotak
Untuk berfikir sebelum menyebarkan maklumat
Untuk cuba mencari bukti atau kaji terlebih dahulu.
Untuk berfikir lebih matang.
Untuk lebih berjiwa besar.

Kalau mahu diceritakan, terlalu panjang di sini.
Cukuplah Dia jadi saksi.

Segala puji bagi Allah
Kerana menghadirkan insan sehebat ini dalam hidupku.
Hadiah dariNya untuk keluarga tujuh ahli ini
Kata-katanya selalu menyejukkan hatiku

Aku bersyukur dan berbangga kerana menjadi sedarah sedaging dengannya.
Bersyukur
Menjadi satu-satu adik perempuannya

Dialah
Abang pertamaku,
Bangah
Muhaimin Mohd Fadzil.

Terima kasih bangah, kerana banyak menjadi pengajaran dalam hidup ku ini.
Secara langsung atau tidak langsung.

Doomo arigatou gozaimas!
Love you very much

Yang benar,
Adik kesayanganmu, ^_^

# Aku selalu terfikir, bertuahnya sapa dapat abang-abangku ini. <3

Alhamdulillah.

Monday 24 December 2012

Khir Johari dan aku.

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam, jumpa kawan-kawan.
Di Facebook.
Tak sangka, macam sekejap sangat.


Ingat lagi, waktu first time masuk sekolah KJ.
Waktu tu masih mentah. Tak faham sangat makna hidup
TAk pandai itu ini.
Tapi melihat wajah-wajah itu di depan mata,
terasa ada suara memujuk
"You are destined to be with them, in this journey."

Dari 2008 sehingga 2012.
Bukan angka kosong.
Di sebalik angka itu,
aku belajar sesuatu.
Sesuatu yang aku tak akan jumpa di luar sana.
TAK AKAN SESEKALI

Aku pernah tertanya,
kenapa KJ? Kenapa aku tak pilih SBP?
Lama aku tunggu jawapan
Suatu hari, ada satu suara di pelosok hati
"Allah tak pernah silap. Dia letak aku di sini. Mesti ada sebab. "

Ya!
Memang benarlah.
Di tanah itu,
ia dan Dia jadi saksi,
aku berubah dari seorang Dini yang dahulu
kepada seorang Dini yang baru.
Yang kadang-kadang aku semacam tak pernah kenal yang dahulu itu
Dan kadang-kadang aku semacam tak kenal yang baru ini.
Alhamdulillah.

Tanah itu juga,
ketawaku pernah kedengaran,
airmataku pernah menyiraminya.
Tapi kisah itu terlalu panjang untuk aku nukilkan
Bagaimana aku jadi mudah menitiskan airmata.
Bagaimana aku mula melihat perkara dari sudut yang berbeza
Bagaimana aku belajar melepaskan
Bagaimana aku jatuh cinta dan memahami cinta sebenar
Bagaimana aku mula-mula mengenal siapa Tuhanku dengan sebenarnya

Kau tanyalah KJ itu,
tentang kisah-kisahku tika aku bersamanya
terlalu banyak
terlalu pahit
dan terlalu manis

Kau tahu,
tanah itu juga,
jadi saksi aku bertemu insan-insan
ahh bukan.
aku bertemu dengan hadiah dariNya
insan-insan itu hadiah dari Allah buatku

Ada masa mereka buatku senyum, sedu, merah dan terduduk.
Tanpa aku sedar, dalam tempoh itu
Aku telah saksikan mereka membesar
Perubahan-perubahan itu, kisah mereka, airmata mereka
Tanpa aku sedar , mereka juga menyaksikan perkara sama pada diriku

Tanpa mereka sedar juga,
Mereka mengajarkan aku
Sesuatu yang tiada dalam buku
Yang membuatku seorang Dini pada hari ini.


Sampai hari ini, aku masih tak dapat nafikan
Insan-insan KJ itu indah, wonderful.
Tak kira kau sahabatku, guruku, pekebun, makcik kantin/KOOP, atau sapa saja di tanah itu.
Indah dengan cara tersendiri. Yang menyentuh hatiku
Ahh sekali lagi aku jatuh cinta.







Sampai 27 November 2012 itu,
Aku berdiri berseorangan di masjid hadapan.
Memandang bangunan-bangunan itu dari jauh.
Padang itu. Pokok bunga kuning itu.
Setiap satu aku teliti, untuk aku simpan dalam kotak ingatanku.
Tak mahu terlepas. Tak mahu terlupa.
Bila aku pejam mata, terasa memori itu diulang tayang macam filem.
Petang itu aku sedar,
yang aku tak akan masuki pagar itu sebagai pelajar sekolah lagi.
yang aku tak akan menyarung baju Biru itu lagi.
yang aku tak akan menconteng mejaku lagi.
yang aku tak akan mendengar nasihat dan leteran guru-guruku lagi
yang aku tak akan bersembang di koridor kelas pastu lari masuk kelas bila cikgu datang
yang aku tak akan berehat di Surau setiap kali rehat
yang aku tak akan bertadarus di Surau lagi bulan Ramadhan
yang aku tak akan bersalam dengan kawan-kawan setiap pagi sampai sekolah
yang aku tak akan beratur mendengar ucapan PK HEM, Pengetua
yang aku tak akan menyanyi lagu sekolah tanpa rentak tu lagi yg ketua koirnya Cikgu Khairuddin. :p
yang aku tak akan terkejut dengar bunyi mercun setiap kali nak raya
yang aku tak akan berehat dengan kawan di bangku padang
yang aku tak akan kecoh dengan kawan pasal hias kelas/jamuan/spotcheck
yang aku tak akan berebut dengan kawan masuk tandas
yang aku tak akan pergi lawatan dengan kawan-kawan dan atur nak duduk dalam bas sama
yang aku tak akan buat projek KH sama-sama and then landing kat dalam bilik KH like a boss dengan kawan
yang aku tak akan merentas desa dan tak dapat top 20 lagi even dah nak sampai sikit ja lagi dengan geng aku
yang aku tak akan lintas ke masjid Abdul Rahman setiap kali pukul 2.10 pm lagi.

Aku akan berpisah dengan tanah KJ itu.
Untuk meneruskan kehidupan. Menjadi seorang remaja dan dewasa

Berat aku nak tinggalkan semua itu.
terasa lumpuh pun ada.
KJ, kaulah tempat aku membesar.terjatuh, tersungkur, terluka, bangun dan tempat
aku menemui diriku dan DIA.

Terima kasih Allah,
kerana tempatkan aku di situ.
kerana tulis cerita kami dengan indah sekali
kerana pertemukan aku dengan mereka
aku tahu
ini bukan kebetulan
tapi disengajakan.


"People may not remember exactly what you did, or what you said, but they will always remember how you made them feel"


*Tolong jangan lupa aku , kawan. Dalam doa dan ingatanmu. :')


kenapa macam nak buat buku ni?
enough for these tears yang buat mataku bengkak. 
:)

credit gambar to Cikgu Anwar Fadzil yang sporting.

Tuesday 18 December 2012

Hlovate.

Bismillahirrahmanirrahim

Contengan Jalanan - Volume 1 dah habis dibaca.
Setiap ayat (most of it) macam melekat dalam hati.
Harap dapatlah aku terjemah dengan tindakan.
InshaAllah

Dan tadi baru habis Versus.
Sampai ayat yang terakhir sekali,


Was in tears, again. 
T__T

*Seriously, buku-buku ni , sesuai untuk jiwa-jiwa yang ingin berubah ke arah lebih baik.
Macam diri ini. 




Saturday 8 December 2012

Magic

Bismillahirrahmanirrahim

[pinterest.com]

Suka rasa ini.
Macam satu ayat tuuu
MAGIC!!

sebab sebelum aku solat rasa panas sangat ya amat satu badan
sakit kepala berdenyut-denyut
tapi waktu tengah-tengah solat
terus jadi sejuk.
dingin.
sakit denyut hilang.
macam lepas mandi.
sampai habis solat.

YA Allah
aku tak bohong!

mungkin ini yang dikatakan,
hmmmm hmmmmm
apa yaaaaa?
hilang kata..... kay bye.

# "Remember Allah, it really polish your heart"

Thursday 6 December 2012

MSMF.

Bismillahirrahmanirrahim.
Ini bukan fiksyen.


27 Mac 19_ _,
Bayi yg suci itu lahir ke dunia. Selepas dia bersumpah di depan Tuhannya, bahawa Tiada yang Lain selain Dia, dan dia . HambaNya.

Tangisannya membawa senyuman bahagia pada dua pasangan itu. Syukur atas hadiah dariNya.

Fasa demi fasa, bayi itu membesar dalam dakapan sayang dua insan mulia. Pakaian, makanan, didikan agama semua cukup. Oh YA! Ketika itu, dia tidak mengenal pun siapa itu Tuhan.Kerana fitrah kanak-kanak yang tidak tahu apa. Tapi, Tuhannya tetap di sisinya untuk melindung dan menjaga. Memberi keselesaan padanya tanpa minta balasan atau penghargaan ketika itu.
Oh ,Maha Baik Tuhannya. Oh bertuahnya dia.

Hingga umurnya empat tahun , keluarga itu dihadiahi lagi seorang bayi. Penambah ceria. Ya, dia sudah bergelar abang pada usia 4 tahun. Dia bahagia kerana di sisi ada ibu , ayah , kakak ,abang dan adik! Lengkap segalanya. Dia membesar dengan senyuman itu.

Ketika sekolah rendah, perangainya mula kelihatan jelas. Pandangan seorang ibu terhadap anak jarang sekali salah. Dia agak tahan barannya. Mudah melenting. Malah siapa saja jadi mangsa pukulannya,terutama abangnya. Tetap, keluarganya melayan dengan kasih sayang. Hati ibu bapa mana tidak resah melihat ini. Lantas, Tuhan mendetikkan hati ibu itu untuk mencari air penawar melalui ustaz. Pasti, setiap kali dia ingin meneguk minum, ibunya tidak pernah lupa memohon pada Dia . Untuk anaknya yang satu itu.

Sampai, tiada jemu.Lama kelamaan, anak itu membesar dengan jiwa yang makin lembut. Dari dahulu. Dengan hati yang baru itu, jadilah dia kini seorang insan yang berhati mulia. Jauh bezanya. Baran itu seolah hampir lenyap. Kata ibu itu, sungguh dia bersyukur pada Allah. Kerana sekali lagi memberi tanpa minta balas. Oh hati, tak boleh ditukar beli di dunia. tapi hanya ada pada Dia.

Adik perempuannya itu, selalu ingin menunggang belakangnya ketika kecil. Dan dia sebagai abang melayan dengan ceria. Kakak dan abang di sisi sentiasa menjaga.

Pertengahan remaja itukan, adiknya itu memandangnya sebagai seorang contoh. Alah, itukan lumrah.Yang besar mesti menjadi contoh pada yg bawahnya. Pada memori perempuan itu, dia tidak mengingat seluruh fasa kehidupan lelaki itu. Yang pasti, lelaki itu sering menjadi rakan bertengkar, bergaduh, bergila-gilaan, bersuka ria. Hah sekepala mungkin. Tidak puas hati itu perkara biasa.

Beza mereka, lelaki itu mahir dalam angka-angka, adik itu lebih pada abjad-abjad. Waktu ting.5, dia pernah menulis essay BI, dan menyuruh adiknya baca. Hmmm quite interesting. Dia tulis tentang "My Girlfriend". Oh pasti mencetus kontroversi. Tapi di akhir ayat , "She is my mother".

Sementara angka-angka yang bermain di fikiran adik itu, dia bantu untuk meleraikan. Bersama abangnya jua.Formula demi formula dicurahkan.Dua orang lelaki itu berusaha , mencipta jalan sendiri untuk adik mereka faham. Ya, Matematik Tambahan terutamanya. Oh mereka berdua selalu mendapat 90-100 untuk subjek itu. Nasihat dia, fikir Math itu senang, maka senanglah. Itu yang adiknya guna hingga kini.

Oh satu perkara. yang sangat segar di memori.Ketika itu, dia mungkin 13-17 tahun. Sedang adiknya bermalas-malas petang hari, terdengar bunyi geledah laci ruang tamu. Perlahan adiknya mengintip. Seketika itu, terdengar suara merdu Sheikh Mishari Rashid Al Afasy bergema. Mengalunkan an-Naba' .Rupanya,dia memasang alunan ayat itu , sambil duduk memerhati skrin TV. Mulutnya mengulang-ulang permulaan ayat suci trsebut dengan ton lagu yang sama. Dia meniru cara bacaan Mishary.

Beberapa hari lepas itu, sering terdengar dia mengalun surah itu di dalam biliknya. Setiap kali. Sehingga dia berjaya menghafal, mungkin sebahagian darinya. Hati pendengar itu tergerak.Selang berapa hari, buku surah dibuka. Mencari surah-78. Sesekali adik itu meniru cara bacaan merdu yg baru didengarnya. Sehingga, adik itu jatuh cinta pada ayat itu, Mungkin ini perasaan yang sama dialami abangnya. Hatinya berbisik.Indah.

Ketika zaman mula-mula Facebook, ramai yang giat menghantar status. Tiba-tiba mata itu tertancap pada skrin.
"Sesungguhnya sedikit sahaja dari hambaKu yang bersyukur." "Ya Allah, masukkan kami ke dalam golongan yang sedikit itu". 
Tercarik senyum. Tak pernah si adik mendengar ayat itu. Sejak itu, dia bercita-cita mengupdate seperti abangnya. Menyentuh hati manusia, dengan ayat-ayat dari Langit.

2011.
Dia kini dewasa. Ada cita-cita yang perlu dikejar.Dengan Jepun, dia dijodohkan.Sewaktu di lapangan itu, aku sedar,masing-masing sudah dewasa dan ada haluannya.Tak akan berkepit selalu lagi.Aku tenangkan diri.Oh, dia kan lelaki. Mesti di sana dia akan mencari makna hidup.Di sana, tiada keluarga disisi, dengan itu dia lebih dekat dengan Yang di atas sana, Yang Sentiasa Menjaga dan Menyayanginya itu. Kan?
Di sana, mungkin Tuhan ingin ajar dia banyak perkara yg tiada di sini, khas untuk dia yg bergelar KHALIFAH. Ya, rancangan Dia mustahil sia-sia tanpa makna

Oh, sebelum terlupa. Akulah perempuan itu, si adik.

Dan dia itu,
Muhammad Saif bin Mohd Fadzil.
Lelaki yang dipilihNya untuk menyambung risalah Nabi, menyebarkan ayat-ayatNya di muka bumi.
Tidakkah itu satu penghormatan dari Dia, sedang beribu yg dahagakan iman?
Oh itu abangku! Yang kusayang lilahita'ala. (^.^) Terima kasih atas pengajaran hidupmu.
May we, family meet in Jannah .Amiin

-Ini adikmu, NDMF-
(masihkah diingat an-Naba' indah itu? :)

Tuesday 4 December 2012

Ghuraba'

Bismillahirrahmanirrahim.



Aku tak perlu suka.
Apa yang orang suka
Kalau itu aku tak suka.
Dan Allah tak suka.

Tak perlu buat
Apa yang orang lain buat
Kalau itu yang aku tak suka buat.
Dan Allah larang buat.

Apa yang Allah suka,
itu aku suka.


 "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". 
[HR Muslim]

Hati?

Bismillahirrahmanirrahim.

Siapa kata aku tiada perasaan?

Mungkin luaran , aku biasa-biasa sahaja.

Ahhh, ya Allah.
aku dah cuba.
menangkis , menolak , memejamkan mata.
menafikan.

Menjauhkan.

Awal 2012,
aku bisik "Tutup buku lama, buka buku baru"
aku percaya yang aku akan berjaya.

Tapi,
kenapa dia masih ada di buku baru itu?


Aku fikir panjang,
Mungkin,
Mujahadahku tidak cukup kuat lagi
Mujahadahku hanya sekelumit.

Ya.




Buka buku baru. 

:')

Saturday 1 December 2012

SPM in my history

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Yeayy! *buat gaya orang first lepas garisan penamat dalam lumba lari.

SPM dah berlalu 27 November haritu. Terima kasih Allah , beri kesihatan padaku sepanjang exam.
Malah sebelum dan selepas pun aku sihat. Alhamdulillah.

Just nak recall peristiwa waktu exam.

Perkara yang amazing berlaku . Sepanjang hidup aku sebagai pelajar sekolah menengah, tak pernah dalam exam , aku siapkan karangan BM pada waktunya. Seriously , mesti waktu cikgu tengah kutip kertas , aku tengah terkial-kial tulis sampai bergoyang meja. Sangatlahh -.-

Tapi SPM ni, MashaAllah. MashaAllah. MashaAllah. Aku dapat siapkan karangan 15 minit lebih awal. dengan sangat puas hati. Allah beri ilham dari awal dan lancarkan tangan ni sampai habis.
Benarlah , kena doa dan yakin sangat-sangat pada Dia. Sebab malam sebelum tu , aku doa "Ya Allah , Kau bagilah aku dapat jawab exam dengan mudah, tenang , lapang dada dan dibantuMU selalu. Kau cerahkan pandangan dan hatiku, lancarkan tangan-tangan ini . dan agar aku sentiasa teliti dan tak cuai ..

See . Allah Maha Penyayang.

Maths , dari lupa bawak kalkulator dalam dewan , Allah yang ingatkan.

And never in my life , I felt sooooooooooo happy to answer Physics papers. Rasanya Physics paling gerun antara semua subjek. Alhamdulillah , again.

Bio , memang malam sebelum tu struggle juga baca walau mengantuk. Sebab tengok mak semangat ajar dan terangkan kat aku itu dan ini. Rasa bersalah kalau ambil ringan ja. "Sepatutnya kena baca lebih awal , inilah contoh pelajar abad ke 21 ya anak anak"( monolog dlm hati haha.)
Oleh sebab terkejut banyak sangat benda kena ingat (process , istilah etc) , Dia detikkan hatiku untuk berdoa.

" Ya Allah , berilah cahayaMu pada hatiku. Tunjukkan dan berilah soalan keluar yang aku baca , ingat dan faham."

Sebelum tidur, terlintas nak keluar colonisation (actually ni mak yg spot) , reproduction and growth.
Reproduction & growth tu langsung tak baca sebelum ni. tapi tiba-tiba ja malam tu suara dalam hati kata nak keluar. Alhamdulillah. Walaupun aku takla ingat 100% dan jawab perfectly , but I'm still syukur.
And thanks a million, mak sebab tolong terangkan depletion of ozone.. walau berulang-ulang kali melayan anakmu yang blur ni. :')
You are the best teacher for me.

By the way , aku boleh jawab dengan happy sesetengah tu. Dan ada juga tak boleh. Tapi , Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah, yang tak pernah tinggalkan aku walau sesaat dan sentiasa membantuku yang hina ini.

Tiadalah dapat aku lakukan semua itu , tanpa izin dan kasih sayangNya . Walau angkat sebatang pen sekalipun. :')

Semoga kisahku ini dapat menjadi pengajaran buat adik-adik dan semua.
Doa itu sebelum dan selepas usaha.
Doa , usaha , tawakkal , positif = Allah bantu.

# Tiadalah setiap satu itu berlaku , melainkan Allah ingin khabarkan sesuatu.


Tuesday 2 October 2012

Monologue

I don't know what is this feeling about.

But there is something about you.
that I can't explain..








Sakura.
T__T.

Tuesday 18 September 2012

Nihon ga..

Watashi wa Dini desu.
Atashi wa jyu nana desu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
"Ohh. Course ni mana ada kat Jepun. Tak pernah jumpa lagi sebelum ni orang belajar course ni kat sana. Engineering banyakla. "

" Hmm ya ka. Ala engineering memang tak minat pun. Linguistics ja rasanya minat + mampu."

" Kena pilih betul-betul la. English language or study in Japan? Kena korbankan salah satu."

Silence..

 Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ya Allah . Mungkin ini yang terbaik .
Tapi , di Syurga , ada Jepunkah?
Ada lagikah suasana itu di Sana?

Simpan satu untukku. Untukku nanti bersamaMu"

*tutup muka

p/s : Maaf , kita memang akan terus bercakap tentang perkara yang kita suka & cinta. Walau berulang kali.. Dan pastikan ia mengalir padaNya :)

Tak hairanlah kawan kawan aku akan termenguap dan sebagainya setiap kali melihat muka excited dan mata bersinar-sinar aku bercerita pasal bumi itu.. Haih gomennasai kerana terpaksa melayan obsesi ku yang satu ini. ;p

Dan kini aku akan melepaskan impian itu pergi, mungkin. T__T

Friday 14 September 2012

Fall for you'


Saya jatuh cinta dengan awak..

Bukan sekali , tapi banyaaak kali.

Awaklah nafas saya.

Awak, 
Dakwah Tarbiyyah
:')
Sincerely ,
Me

Monolog

credit : flickriver.com


"Aku tidak menemukan apa-apa yang lebih indah dalam kehidupan ini, melainkan apa-apa yang disatukan dengan IMAN.

Walau apa , siapa , mana , dan bagaimana."


- Jumaat yang ke 27 , Syawal 1433H

Wednesday 12 September 2012

The one feeling. That Allah had grant us with.

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku bukanlah peminat cerita lawan lawan or perang perang . Tapi ....

****

Tadi baru ja habis tengok cerita How To Train Your Dragon. Mula-mula tu memanglah rasa "cerita apalah ni  mana yang bestnye orang kata tu?" . Sebab tak berapa minat cerita yang tahpape (maksudnya ada makhluk-makhluk asing bagai)

But, I was wrong. Movie ni berjaya menyentuh hati aku dengan caranya tersendiri. Pengajaran dia sangat mendalam. Mengisahkan orang Viking yang memang tough tough ni dilatih dari kecik untuk bunuh Dragons yang selalu datang ke village depa. Tujuannya untuk dapatkan makanan. Dalam ramai ramai tu , ada seorang yang nampak ja lemah tapi hati dia baik. His name's Hiccup(bukan sedu ye).
Dia tak mahu jadi orang Viking walaupun papa dia ketua kat situ.
From this point, I learnt that we dont have to try to be somebody we are not.

This is amazing sebab Hiccup ni hidup dalam society yang amat bertentangan dengan jiwa dia. Yet he still firm with his principle and choice. Remember the hadith mentioning about Ghuraba'? :)

OK.

One day, dia jumpa satu Dragon ni keturunan NIGHT FURY. Dragon ni masih lagi tak dijumpai oleh mana mana orang Viking sejak beratus tahun. Dan paling digeruni.. Tapi kan di celah ke'mandom'an nya , terselit juga keberanian dia bila dia selamatkan dragon tu.

To shorten , Hiccup namakan pet baru  dia ni sebagai Toothless.
Setelah sekian lama diorang kawan , Hiccup baru sedar yang apa orang Viking buat selama ni sangat sangatlah salah.. they have been misunderstood for all of this time.
Dragon-dragon tu actually so sweet and nice , just like any other pet! (err dalam cerita ni saja kot)
Satu lagi, aku suka dengan Toothless . It reminds me a lot of Shummi Suki . Huhu macam aku dengan shummi pulak dalam cerita ni , seriously. :)



The main point is , cerita ni mengajar kita erti kasih sayang antara makhluk dan nilai nilai kemanusiaan.

Satu part tu , Hiccup beritahu sebab apa dia tak boleh bunuh Toothless waktu first time jumpa


" I couldn't kill it , cause I saw myself inside it "

*mata tak berkelip

In the end, aku boleh nampak betapa sayangnya haiwan haiwan ni pada manusia. Betapa sayangnya Toothless pada Hiccup and vice versa. Even they speak in different language , have different life , totally different in every aspect . But one thing for sure, they share the same feeling. Love.

We tend to hate something mostly because we don't understand it. So, kita tak sepatutnya benci sebelum kita tahu dan faham yang sebenar-benarnya tentang sesuatu perkara tu.
This is one of our biggest mistakes in life , as human being.

Ekhem cerita ni sebenarnya jauh lebih amazing , funny and meaningful. So, watch it yourself for extra effect. Seriously ia mengajar tentang hubungan kita sesama makhluk , especially yang tidak berakal . Mereka juga punya perasaan seperti kita.

And yeah I admit that Toothless is very sweetie cutie like a cat. Meoww

# Dengan satu rahmat yang Allah turunkan ke bumi ni , haiwan dan manusia sudah saling menyayangi tanpa syarat, besarnya cinta Majnun pada Laila, Khadijah pada Muhammad, Muhammad pada ummatnya yang berbilion. Bagaimana dengan 99 rahmat lagi yang Allah akan beri di Syurga nanti ? MasyaAllah <3 
Thank u Allah
^^


Monday 27 August 2012

Nihon ?

This is one the reasons why I love Japan... so badly




MasyaAllah!
:)

Thursday 23 August 2012

Hubungan dengan Tuhan..

"Repair your relationship with Allah.
Allah will repair everything for you."

;')


It's always the best to restrain yourself from something that separate you from Allah.

Saturday 18 August 2012

Save your heart

I don't  want to complete my love fairytale on my own, but with all my efforts , I want Allah to complete it.
In His own time , own ways.

because He knows best.

# Save your heart for the right one.

Friday 17 August 2012

conteng

Wish I could have more time on blogging . And insyaAllah wanna have a Twitter account someday.
After SPM ,duhh.

-.-

It's okay! always always look at the positive side.
that's what I'm struggling.

Anyway , my soulmate / teman bergaduh , bertampar , and menggedik just came back from Japan last Wednesday..
My brother a.k.a Uteh .
And tak tahulah dia makin besar tapi makin mengada-ngada . suka ajak aku berkarate. haiiishh!

And we just found this video when we are surfing the Net together.
An inspiring video made by an inspiring person.
MashaAllah , may we have at least one of these good qualities..
Enjoy watching ^^




# Ramadhan dah nak pergi. tapi masih berbaki. Sayu dan sedih... Miss you already, Ramadhan.
Allahumma ballighna Ramadhan . <3

Wednesday 1 August 2012

Jundullah.

12 Ramadhan 1433H. Pagi , dewan sekolah.

"Belajar sungguh-sungguh untuk berbakti pada agama Allah. Semoga kita terpilih untuk menjadi tentera Allah yang membawa agamaNya.." - Ustaz Syria

Tentera Allah.
Pasti kuat dalam dan luar.

Huh!
Ayat ni ... Betul-betul buat mata penuh 'habuk' tadi..
Masakan tidak?? Masakan?

Ok seriously sepanjang Ramadan ni jangan buat dont know pada setiap inci hidayah yang datang.
Anytime anywhere. 
Mungkin melalui kata-kata , nasihat , tindakan , kebaikan , kesalahan yang ada di sekeliling kita.

# currently repeating Maher Zain - Guide Me All The Way. Masha Allah. Insaf itu indah kan ? 

Saturday 23 June 2012

Jiwa yang disayangi Tuhan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Suka. Aku melihat mereka yang dekat dengan Allah.
Suka. Melihat wajah mereka meneduhkan jiwa.
Suka. Mendengar kata-kata mereka , bagai air dingin yang mengalir ke dasar hati.
Menyentuh dan meninggalkan kesan.
Yang bersangatan.

Jika diberi pilihan
Antara benda-benda yang aku suka,
Dengan mereka.
Tentu, hati ini menjerit nama mereka !

Dalam doaku,
agar aku dan mereka sentiasa bersama.
Biar jauh jasad, tapi hati dekat.

Bersama mereka,
membuatkanku tak segan silu meminjam kekuatan dalam diri mereka,
Luar biasa.
Dan menenangkan.

Terima kasih Allah.
Melihat mereka-mereka itu,
Hati bersuara.
"Allah, inikah hadiah yang Kau beri,
Yang ku pinta dalam kiriman doa-doaku padaMu?"

Terima kasih Allah,
Kau ajarkan aku 1001 perkara melalui mereka.
Kau khabarkan sayangMu padaku menerusi mereka .
TarbiyyahMu inginku dakap sampai habis nyawa.
Ahh sangat indah!


Mahu aku seperti mereka,
Jiwa yang disayangi Tuhan.
Semoga.

:')

Tuesday 5 June 2012

Hijab.



Wearing a Hijab means something ,
but it does not prove everything.

;)


Friday 1 June 2012

Powers inside you I .

Bismillahirrahmanirrahim.


OKay memandangkan saya tak akan ada masa yg banyak (masa terhad) . so saya nak ringkaskan post-post saya la.. sekian terima kasih.. heee
moga bermanfaat.




Pengajaran hari ini :


Alhamdulillah. Baru-baru ni saya tersedar banyak perkara. (I mean alot). Alhamdulillah very thankful of that.


1) Put your full TRUST in Allah.
Kita merancang, tapi ingat Allah juga merancang untuk kita. and He is the Best Planner. He knows everything. He  knows you better than you know yourself. jadi bila benda tak jadi seperti yang kita rancang , Allah sebenarnya dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Trust , you will be happy!


2) Believe that Allah is loving and protecting you, always.
So, no one can harm you. No one can bring you down. No one can make you feel inferior. Dia Maha Penyayang kan? Believe , you will be happy!


3)  Everything happens for a reason.
Allah tak akan biarkan sesuatu itu berlaku , tanpa ada hikmah yang diselitkan disebaliknya. Allah itu sifatNya tak akan melakukan keSIA-SIAan. Even for the smallest bacteria has its own benefits . Lalat pun , tahu? (lepas ni sila bela lalat) . 


4) Be thankful , grateful.
Setiap kali kita makan , tengok cermin , tengok diri , pakai baju , bersyukurlah dan rasa cukup apa yg Dia bagi. Apa yang kita ada ni , contohnya , kulit kita agak gelap ka, itu sebenarnya lebih BAIK dari apa yang kita tak ada (kulit putih / kuning langsat / merah / biru...). Bersyukur sebab ramai lagi yang tak dapat makan sedap-sedap , pakai baju cantik etc. Bersyukur sebab kita masih hidup , it means Allah hadiahkan hari baru untuk kita bertaubat / tambah amal. masyaAllah , ramai lagi yang sedang terlantar sakit . sentiasa dalam ketakutan memikirkan kesihatan makin merosot. MasyaAllah, saudara kita di Palestin dan Syria sekarang , setiap hari / malam dengar bunyi bom , saksikan keluarga sendiri kena bunuh , sentiasa dalam ketakutan.


Ok , at this point , rasa nak menangis sangat. Betapa tak bersyukurnya kita (saya). ::


“Hanya sedikit di antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur” - Saba'(34:13)


Sebenarnya, b-a-n-y-a-k-k-k-k lagi nikmat Allah. Visible or invisible. Tiny or big. Good or bad(in our sight only). 


So, mulai sekarang , berterima kasih pada Allah walau sekecil-kecil perkara. Lihat pada diri. Don't compare with others who you think is better than u.
Syukur , you will be happy!


To be continued..
(all that have been written down here are actually more to remind myself) andddd
(apparently, the writer did not know how to shorten the entry. hehe) ^^)



Thursday 12 April 2012

Reset

kembali..
me'reset'kan niat

semoga Allah redha.

;)

Aku seorang M.

Aku seorang Muslimah..
Dikurniakan oleh Tuhanku sifat malu..
Pembenteng diri dari kehinaan..
Itulah tanda Allah amat menyayangi setiap Muslimah....
Aku seorang Muslimah...
Kecantikan paras rupa bukanlah segalanya..
Keelokan bentuk tubuh badan tidak pernah ku risaukan...
Aku memandang diriku dengan senyuman bahagia...
Sedang mereka memerhati dengan penuh persoalan...
Kerana mereka tidak tahu.... bahawa Tuhanku tidak memandang semua itu.. melainkan keimanan dan ketaqwaan yang sebenarnya..

Kecantikan bukanlah untuk diperdagangkan...
Kerana semuanya akan pudar dan hilang hingga ke suatu masa.....
Kerana dunia bukan selamanya....

Biarlah aku memilih untuk melindungi kurniaan Allah ini...
Biarlah aku memilih untuk menutupi diriku dari pandangan mata yang tidak berhak..
Biarlah aku memilih untuk menghargainya kerana ia bukan milikku yang abadi....
Biarlah aku memilih untuk memagari diriku dengan duri-duri supaya tidak mudah didekati......
Biarlah aku memilih ..Memilih dan aku pasti... Pilihanku tidak akan salah.........
Kerana janji Tuhanku sentiasa bergema di dalam kalbuku...

Aku memilih untuk menjadi Muslimah yang diredhai Tuhannya..
Bukan perempuan yang digilai pemuda dunia..
Aku memilih untuk menjadi cantik SELAMANYA!
Dan semua itu hanyalah di Syurga menanti... INSYAALLAH!
-nini-
2010

Friday 2 March 2012

jangan ambilnya



Jangan Kau palingkan hatiku setelah Kau beri hidayahMu padaku
Jangan Kau hilangkan cintaMu ini dari diriku, setelah Kau  hadiahkannya kepadaku dulu

Allah...

Saturday 18 February 2012

Lalala

"Pintu-pintu hati yang selama ini tertutup rapat
akanku tolak perlahan-lahan.. "

 (=^^=)---<3 







Wednesday 15 February 2012

Friday 10 February 2012

Jalan Ini Kan...

Ajarkan aku untuk melepaskan,

Ya Allah..


sungguh jalan ini panjang
lama
dan jangan tanya aku kenapa
aku terluka 
dan berdarah

Tuesday 7 February 2012

Silent words

credit

malam ini terfikirla..
bolehkah diri?
mampukah?
oh rasa tak layaknya.
mana pergi semua itu?
ya Allah..nak menangis
ya Allah.. cemburunya dengan diorang yang telah beberapa tapak maju ke depan,menggapai cintaMu

aku,tak mampu
menjadi sehebatnya
yang tersimpan elok
dan menyejukkan mata
dia yang bergelar bidadari Syurga

 tapi tapi tapi
aku hanya mampu
menjadi lebih hebat dari bidadari Syurga itu
lebih BAIK!

dengan berusaha
menjadi seorang SOLEHAH
tahukah engkau?
wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga,
dengan solat, puasa, zakat, menjaga maruahnya
dan tahukah engkau?
Allah menghargai semua itu

ya
aku mahu!
aku mahu menelusuri jalan solehah yang pahit..
namun tetap yang paling indah itu!

Wahai Yang Maha Menyayangi dan Membimbing
pegang erat tangan ini.
dan aku tahu
Engkau menyaksikan
dan menantiku di hujung sana!


jom sama sama di atas jalan ini , teman? 

Monday 6 February 2012

Pagi 2 Februari

2 Februari pergi
membawa dia
membawa sepertiga hati
sakit , perit

Tapi Dia memujuk
tiadalah Dia memberi
melainkan Dia mengambilnya kembali
saat Dia mengatakan "Kun"
Dia menjanjikan seribu satu hikmah
kaffarah
petunjuk
bagi mereka yang SABAR & IKHLAS
meredhakan segala

Allah
terima kasih
yang amat
kerana menghadirkan dia
walau sebentar
untuk ku curahkan bakti & kasih sayang
seorang makhluk kepada makhluk yang lain
hingga terasakan dia
seperti darah dagingku sendiri!

Betapa episod ini
mengajarku
hebatnya cinta tidak bermata & berwajah ini
inikan sayang seorang makhluk berakal kepada yang tidak,
bagaimana pula sayangMu yang Maha Hebat itu
terhadapku?

-SHUMMI SUKI ,
till Jannah
we`ll meet , again
insyaAllah

#belajar meredhakan pemberian Allah. manis dalam pedas. alaa macam gula-gula DYNAMITE-choco filled mint candy tu.
#ujian- hadiah Dia buat hamba

Sunday 5 February 2012

Dengan nama Dia.

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the Most Gracious & Most Merciful

Alhamdulillah!


tengok saya senyum.
hehe..
ok, Zahrah tu kan....
nama saya yang satu lagi
yang saya pilih
untuk ke arah itu..

eh faham tak ni? (gaya cikgu sekolah)
maksudnya bila orang panggil saya dengannya
samalah macam mendoakan saya
untuk menjadi Zahrah
yang "putih suci" hati dan jiwanya..
tapi, saya tetap Nur Dini yg selalu awak-awak jumpa tu..
hihihi ^-^


terima kasih sebab sudi baca celoteh budak kecil..
kat atas tuuu  :p
                          
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...