Pages

Friday 18 January 2013

Kawan lama

Bismillahirrahmanirrahim.

Baru tadi,
teringat kawan lamaku,
yg selalu dengar luahanku dulu
tapi dia special




sebab tak da suara.




Sebak aku imbas balik masa-masa itu.
Tersenyum pun ada.

Terima kasih Allah
Terima kasih awak, :')
































www.alfarafishah.blogspot.com



Memang betullah. ada 'benda' ni boleh simpan kenangan banyak-banyak. Sebab kadang kadang otak tak sempat nak save semua. maklumlah, overload. :p



Wednesday 16 January 2013

Bukan Biasa I.

Bismillahirrahmanirrahim


Ada sorang mak cik / miss/ kakak tu kan (this is bcause I'm not sure the status of the woman)
Dia hadiri program amal untuk Syria
Habis ja program tu
dia terus jumpa brother penganjur ni
dia kata
" Adik, akak nak derma gelang emas akak ni. Akak betul betul nak tahu tentang Syria. Betul-betul."

Tapi tahu tak rupa-rupanya

" Akak dah tak ada apa apa nak derma ni. Dompet akak kena curi semalam. SEMUA HILANG . Ini ja yang akak ada untuk bantu."

Whaaaaaaaaaaattttt???!

Sebagai manusia alaf ini,
Sebagai manusia akhir zaman ini,
Apabila ayat ni ku dengar
Aku benar benar terasa bagai dibawa ke zaman itu
Zaman Rasulullah,
Zaman iman, zaman paling indah.
Terasa, dia wanita dari abad itu

Dalam keadaan susah begitu
Dia menyerahkan hartanya
yang baginya orang lain lebih memerlukan
dalam keadaan dia yang memerlukan sebegitu

Oh Ya Allah
terasa kerdil hinanya
bila melihat jiwa sebesar wanita itu.
bila melihat iman sekukuh itu
menjadikan dia, luar biasa.

SubhanAllah,
ini lah yang dikata
yakin pada Allah melebihi segala yg dilangit dan bumi
yakin yang Dia Maha Menghitung
yakin yang Dia sentiasa bersama orang yang berbuat baik
yakin dan tawakkal

Ya Allah betapa peristiwa ini mengajarku
Untuk berjiwa besar
dan.... entah tak dapat aku ungkap di sini
kau fahamkan.

Kau tahu,
episod-episod seperti ini kalau pada zaman Rasul dan sahabat
adalah benda biasa.

Alhamdulillah.

Hati Kotor.

Bismillahirrahmanirrahim

"Nak tahu hati kita kotor, tengoklah kita suka tak nak dengar cerita buruk pasal orang lain
Suka tak nak cari cari kesalahan orang lain. Orang bahagia itu ialah orang yang tenang. Tenang itu tak akan datang selagi mana kita senang dengar keburukan orang lain "
[Prof. Muhaya]


Hati.
Apa khabar dirimu?
Tolong, 
alihkan kesukaanmu untuk melihat aib dan kekurangan kau sendiri
bukan pada mereka yang di kelilingmu itu.

Tolong,
sayang iman 
yang boleh mati
dengan kerakusanmu sendiri.

Tuesday 15 January 2013

Sangka Buruk.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebelum aku terlupa.
Aku ingin sharing is caring tentang satu benda yang dah jadi macam norm dalam masyarakat.
Pernah dengar

" Eh, laki dgn tino tu couple lama dah tau. Tah ape la diorang buat selama ni dalam diam-diam kan.ishishh"

" Dia ni pakai dahla baju ketat sendat, rambut rainbow pulak, tindik lagi. eghh tak boleh la kawan, hati keras macam batu pa"

" Pesal dia ni berjam-jam bergayut.Girlfriendla kot. Ish zina hati tu zina hati! "

" Mamat ni saja kot dok lama-lama dalam masjid pdhal org semua nak balik. Tunjuk alim gitu."

OK cukup.
mungkin banyak lagi tapi ni sudah jelas kan.

Eh kita tau mana. mana tau tino tu dalam hatinya tengah tercari-cari Allah.
Mana tau, yang baju ketat tu tersentuh hati tengok cara pemakaian kita dan niat nak berubah lepas tu.
Mana tau, yang bergayut tu call mak dia yg tengah ada masalah hidup dan mati ke.
Mana tau, mamat tu nak bersih masjid / lipat sejadah lepas jemaah balik atau nak bertaubat atau kat rumah dia ada masalah ka.

OK Stop
So, inilah yg dipanggil BERSANGKA BURUK / SU'UZ ZHON/ NEGATIVE THINKING.
Tahu tak ini virus bawa maut yang pernah disebut dalam Al-Quran.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa... "
[al-Hujurat, 49:12]

So, bila Allah tegaskan tu. 
Memang ada banyak sangaaaaattt keburukan dia kat kita
Sebab Allah tu sifat mustahilNya adalah SIA-SIA. Dia tak akan larang benda yg sia-sia/tak penting.

Memandangkan Allah suruh JAUHKAN or JANGAN HAMPIRI.

So, bila nampak seseorang yang tidak menyenangkan kita , ::

1) Jangan bertindak spontan.
- Maksudnya, jangan fikir apa apa selama seminit dua.Sebab masa tu kita senang dihasut syaitan untuk bersangka buruk.

2) Fikir segala macam mak nenek punya alasan yang BAIK BAIK.
- Macam, "Dia niat baik tu sebenarnya" "Dia tak tahu tu, dia lupa kot," and so on.

3) Ingatkan diri sendiri yang ....
- "Mungkin waktu ni dia jahat tahap tak ingat, tapi malam ni mungkin dia bertaubat. Dan esok dia lebih baik dari kita."

4) Tak cukup lagi?
- "Let Allah judge let Allah judge. He knows every little thing."

5) Ustaz tu cakap:
- "Kalau tak leh bersangka baik pun, jangan sangka apa apa."

6) Last but not least,cara ni agak paling berkesan.Ni nasihat dari seorang ulama tu,tak ingat nama. T_T
- Setiap kali jumpa orang, kata kat diri "Orang ni lebih baik dari aku" . InshaAllah tenang dada tu.


Aku tahu susah, just step by step la. Buat sikit-sikit but sungguh sungguh.

Aiman Azlan ada kata:
" The things that have been done may be wrong. Yes, wrong is wrong. But, it never give us the right to judge them"

Bila kita tak tahu betul ke tak kawan kita buat salah kita kena : BERSANGKA BAIK
Bila dah ternyata kawan kita buat salah : BERLAPANG DADA

To sum up,
Everyone has their own story, has their own struggle. We don't know their heart and vice versa. So stop judging and assuming.

things are not always as they seem to be.

# Mungkin orang yang kita dok kata tu, dalam diam dia mendoakan kebaikan untuk kita. T_T
Satu jari aku tunjukkan ke depan, empat jari lagi menuju pada aku. Ya ini untuk aku. Ini serius *gaya wonderpet*

How about this ? <3
(body-peace.tumblr.com)



First P.C.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ermm errr ohoiii. Maaf, tengah tengah malam ni otak berpusing.
Dan maaf , entry ni mungkin tak ada benefit sangat buat awok awok
Tapi aku nak buat kenangan kat sini.

Kenangan first time ever in my life I did a cooking myself. Aku buat pudding caramel guna resepi yang bercampur-campur.
Sebab aku adunkan semua resipi dari sumber berbeza kat YouTube tu.
HAHA.
Actually aku buat ni dah lama. Disember lepas.

Berpeluh-peluh time tu sebab sambil kacau susu sambil lari tengok resipi. Mak marah sebab aku tak salin kat kertas, dan aku tetap defend kata "ala, ingatkan senang ja ingat ni haa. biasala tu" Padahal, dalam otak serabut dok bertekak "eh bukan 2/3 cup sugar ka, ka 3/4 nii?!! eh tu bukan............"

OK profesional tak kerja ni.*pebetul kolar*

Alhamdulillah mak,bangah and tok bagi sokongan padu pada aku.

Malam tu lepas keluarkan dari fridge, aku cuba nak terbalikkan dia macam dalam video tu. Dengan bantuan mak ya. And then.....................................

Yes Alhamdulillah! Even sikit je 'terpeleot' , still ada rupa dan ciri pudding caramel sejati. Hehe.

Comment from mak :
" Okay. Terlebih manis sikit. "

Comment from bangah :
" Ok ja, macam kat kedai" 

Hamboii. Tak tak. Mungkin itu untuk mengelakkan aku tanya lebih banyak lepas ni. haha.
Seriously, aku rasa macam terlebih gula pun ada.
Anyway, alhamdulillah bersyukur dapat buat walaupun tak cukup rasa. And I feel so happy because can enjoy the precious moment with my family .



That day, I realize, I don't just enjoy cooking. But I love to see people smiling when they taste them. That way, I will be far more happy.

^_^





Sunday 13 January 2013

NSMF

Bismillahirrahmanirrahim.

25 Januari 19 _ _



"We choose our friends, fate choose our sisters."
Actually, Allah did choose our sisters/siblings.
And I am so grateful to have one.

Jarak umur antara aku dan dia
Jauh beza.
Sebab tu
memori dengan dia macam samar-samar
tapi hubungan kami adik beradik
buat kami rapat macam bersama sejak lahir lagi
Hebat tak
alhamdulillah

Bergaduh, bertekak, tak puas hati tu selalu lah
Rasanya abang-abang pun dah lali, mungkin

Kalau jadi kakak, tak sah kan kalau tak nasihat
Atau bahasa lebih comel 'membebel'.
Dia sangat sebati dengan sifat suka ambil berat tu,
Turun dari arwah abah.

Ambil berat tentang mak abah and adik-adiknya
Selalu tanya itu ini,
Stay up to date dengan family
Kadang-kadang dia call dua tiga empat kali dalam masa dua hari macam tu
Kadang-kadang tengah tengah malam
 You know what did she ask?
 "Mak,semua sihat?OK?"
*poker face*

Kami semua tahu,
Dia call sebab dia rindu,
Kerana kami lebih atas dari kawan dia , dalam hatinya mungkin

Selalu bagi nasihat kat adik adik
Even we don't ask for it
I know sometimes a bit annoying
HAHA,

Dalam banyak-banyak bebelan darinya,
Aku sedar dia seorang yang mudah diminta tolong
Atau menolong
Sampai kadang kadang,
Sanggup bersusah, kerut dahi dahi

Sewaktu sebelum SPM lagi,
Dia laju ja carikan aku maklumat tentang biasiswa lepasan SPM
Biasiswa Mesir, Zakat Kedah
Dia pun suka peringatkan kami
Solat dhuha, dan tahajud
Moga-moga, amiin.

Sebelum Februari 2009,
Sebelum abah pergi,
Aku ingat ada baca tulisannya di mana entah
"Kalau boleh ditukar kejayaanku ini dengan kesihatan abah, pasti ku tukar"

And I know,
She is an excellent student.

Oh ya, dia ada panggilan untuk kami,
Bangah- Mattomen
Uteh- Abang Kudin
Me- Scenta

Aku tahu entah apa apa,
So janganla tanya :p

Buat kakak sulungku,
Nurus Sa'adah binti Mohd Fadzil
Semoga Allah merahmati, membimbing dan membantumu selalu
We all love you,

Sincerely,
Your youngest sista ever, (forever YOUNG)
^_~

Tuesday 1 January 2013

Monolog

Diam tak bererti dalamku zero.
Tapi, namamu selalu dekat dalam doaku.

Maybe.

Bismillahirrahmanirrahim

Maybe, somewhere someday, in less miserable time,
We will see each other again.

Oh today 01012013
Alhamdulillah for this new chapter.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...