Pages

Monday, 29 April 2013

.egduJ

Bismillahirrahmanirrahim.

sometimes we underestimate
we judge and we hate
we jump into conclusion too quickly

its not fair
to everyone around because
we have never walk in their shoes,
we never take time to listen to their stories

not fair to ourselves because
we steal our time which is given to check every inch of us
we are the real traitor
being unjust by letting ourselves get left behind, without improvement

not fair to Allah
because as if we are taking control of His Job
Allah Knows every single little things, every atom and every frequency ever existed in humans' hearts
while we are zero in that

we forget
Allah is waiting for that person to turn to Him
while we, the ignorant, waiting to see more of his bad attitude get revealed
to create an interesting story line about him.

AStaghfirullahal'azhim.........
may ALLAH forgive us..
and may we start extending love instead of passing judgement.

Wednesday, 17 April 2013

Barzakh--Akhirah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum.

It's 3.14 am. And wide awake. Tidoq awal gills kan.

Hmmm..
Nak sharing some thoughts ja.
Actually, tadi baru dengar berita gempa bumi kat Iran. India and Dubai are affected.
Anggaran 40  orang depa jumpa yang terkorban.
Tiba-tiba rasa ya Allah, ramai yang dah tamat preparation dia kat dunia ni.
Cuba bayangkan, tengah dok syok makan, berguling tidur atas katil, ubah channel TV, sembang dengan kawan.
Tiba-tiba, THE END.
Ya, TAMAT.

Yang menakutkan dan buat aku terdiam lama...
Kalau waktu tu dia fikir nak bertaubat esok.
"Sempat kot ni. Alaa sat ja" 

Dengan solat tak sempurna lagi, masih tak khusyuk, puasa pun tak habis qada lagi,
Dosa dengan Allah kita tahu dan mampu ingat.
Macamna dosa dengan manusia pulak?
Berapa banyak yang kita tak bayar hutang, yang kita sangka buruk,yang kita caci dalam hati, yang kita umpat secara terang atau berlapik konon-konon lebih berbudi bahasa la kann. Felamakss hebat teori kau.

Betul kan.
We just need to admit our mistakes to realize more about it.
Dengan diri yang macam ni ka nak jumpa Tuhan. Dengan sikitnya sebut nama Allah dalam hati dan lidah. Sikitnya ingat Dia. Malu. Sebak.

Lepas mati.
Episod kita dalam kubur pulak. Ya, ngerinya fikir pasal introduction masuk kubur pun dah tarik nafas sebaldi . Kadang-kadang cuba imagine sendiri , waktu kita dibawa masuk dalam liang lahad. Kita nampak orang kambus tanah atas badan kita.
Mula-mula langit biru, lama-lama kabur, dan gelap GELITA.

We are all alone. With our deeds.
Aku ingat satu ayat ni,

"Kematian adalah satu permulaan pada KEHIDUPAN KITA YANG SEBENAR."

Death is just a beginning to our REAL LIFE.
So, anggapan kata kematian itu penamat hidup kita adalah totally wrong.
but wait, hidup kita kat dunia ni apa maknanya?

Kat dunia, kita bersiap sedia la.
Macam nak bina rumah. Kayu, simen, pasir,paku, gerudi, bumbung semua kena ada kan.
Its up to you nak bina rumah yang elok kukuh selamat dan kita bahagia dalam tu.
Atau rumah yang tak sempat buka pintu dah roboh kena kita, and ofcourse tak bahagia langsung.

Kat dunia kita boleh gerak tangan dan kaki buat bekal yang baik.
Tapi masuk ja alam barzakh, kita just sit there and watch how our lives will begin and go on. YA WE JUST WATCH AND DO NOTHING!
sebab kita langsung takda kuasa.
Bayangkan.

To conclude,
Dunia ni tempat berlatih, bersedia, bersusah, knowing our God, membentuk diri kita, tempat kita menulis jalan cerita kita lepas ni.

Alam barzakh, permulaan hidup, introduction.

Akhirat, hidup sebenar, our real hometown, our truest laughter and cry ever, tak perlu susah payah buat baik dah, we just receive and receive and receive endlessly..

Dan disebabkan dunia bukan hidup sebenar kita, dan tak termasuk pun dalam introduction hidup kita.
Nabi dah bagi gambaran nilai dunia tu. 
Supaya kita sedar selalu.


“Demi Allah,dunia ini dibanding akhirat ibarat seseorang yang mencelupkan jarinya ke laut; air yang tersisa di jarinya ketika diangkat itulah nilai dunia ” (HR Muslim).

Dunia - air kat jari
Akhirat - Laut

Obvious enough.
InshaAllah, jom muhasabah masing-masing.
Minta maaf semua kalau ada salah silap. Tolong tegur kesalahan saya..
Allahu'alam.

Friday, 22 February 2013

Bukan Biasa II.

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku masih ingat cerita Ustazahku .
Tahun lepas.



Ada sorang lelaki ni. Dia memang kerja keras dalam bisnes dia. Jatuh bangun tu selalu lah. Sampai satu hari dia dah dapat keuntungan yang memang walawehh la. (walaweh tu ustazah tak cakap ye) Dia kumpul duit tu selama ni sebab dia berhajatkan sesuatu. Mungkin ada keperluan dia kan.

Until satu hari , ada orang mai nak minta macam sumbangan/wakaf macam tu la untuk anak-anak yatim miskin. Sedih tengok anak-anak yatim tu, dia pandang akaun simpanan dia banyak kali. Teragak-agak. Tapi ada satu kekuatan Allah bagi kat dia, lastly dia bagi semua atau almost duit simpanan dia selama ni. Seingat aku beribu-ribu jugak la.

Dia redha. Tawakkal. Even hasrat dan keperluan dia tak dapat nak capai.

Kau tahu. Berapa lama lepas tu, ada satu company berbesar hati nak ajak dia buat projek macam tu la kot. And dia ditawarkan dengan RM SEJUTA RINGGIT !! Dengar berita ni, menangis terus. Dia teringat duit yang dia sumbang haritu.

*Waktu ni, mata ustazah berair* eh aku pun.

Allah..
Dia utamakan orang lain even dia sendiri perlukan.
Betapa kuatnya dia tawakkal.
Dia serah sepenuhnya pada Allah tanpa harap apa-apa
Dia percaya tak ada belah bagi
Dia tak takut miskin dan rugi

Sebab dia yakin
Allah akan balas.
Allah akan balas dengan jauh lebih baik
Allah jadi saksi. Allah tak mungkir janji

Kau bagi SEKUPANG
DIA bagi kau SERINGGIT,

Kau bagi SEPULUH
DIA bagi kau SERATUS

Kau bagi SERIBU
DIA bagi kau SEJUTA.

Itu baru duit
Tak cakap pasal amal
dan cinta kau pada Dia lagi.

Baiknya Allah...




Wednesday, 6 February 2013

Roses.

Bismillahirrahmanirrahim.

Guess what?

Suddenly I fall in love with white and soft peach roses.
Yes SOFT COLOURS ROSES.
eh bukan Kak Ros ya. :p

Just look at the photos I feel like pengsan jatuh tangga dan
rasa nak campak screen monitor.
boleh tak boleh tak boleh tak
Sebab cantik sangat.

Segala puji bagi Allah.
Segala puji bagi Allah.




Mood : Menunggu ros untuk muncul depan rumah. ekhem. Kbai.

Friday, 1 February 2013

Lillah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap detik.
Latih dirimu.

"Kerana Allah, untuk Allah."

Ulang, ulang ulang.
Sampai lelah itu lelah mengikutimu.

|untukdiri|

Friday, 18 January 2013

Kawan lama

Bismillahirrahmanirrahim.

Baru tadi,
teringat kawan lamaku,
yg selalu dengar luahanku dulu
tapi dia special




sebab tak da suara.




Sebak aku imbas balik masa-masa itu.
Tersenyum pun ada.

Terima kasih Allah
Terima kasih awak, :')
































www.alfarafishah.blogspot.com



Memang betullah. ada 'benda' ni boleh simpan kenangan banyak-banyak. Sebab kadang kadang otak tak sempat nak save semua. maklumlah, overload. :p



Wednesday, 16 January 2013

Bukan Biasa I.

Bismillahirrahmanirrahim


Ada sorang mak cik / miss/ kakak tu kan (this is bcause I'm not sure the status of the woman)
Dia hadiri program amal untuk Syria
Habis ja program tu
dia terus jumpa brother penganjur ni
dia kata
" Adik, akak nak derma gelang emas akak ni. Akak betul betul nak tahu tentang Syria. Betul-betul."

Tapi tahu tak rupa-rupanya

" Akak dah tak ada apa apa nak derma ni. Dompet akak kena curi semalam. SEMUA HILANG . Ini ja yang akak ada untuk bantu."

Whaaaaaaaaaaattttt???!

Sebagai manusia alaf ini,
Sebagai manusia akhir zaman ini,
Apabila ayat ni ku dengar
Aku benar benar terasa bagai dibawa ke zaman itu
Zaman Rasulullah,
Zaman iman, zaman paling indah.
Terasa, dia wanita dari abad itu

Dalam keadaan susah begitu
Dia menyerahkan hartanya
yang baginya orang lain lebih memerlukan
dalam keadaan dia yang memerlukan sebegitu

Oh Ya Allah
terasa kerdil hinanya
bila melihat jiwa sebesar wanita itu.
bila melihat iman sekukuh itu
menjadikan dia, luar biasa.

SubhanAllah,
ini lah yang dikata
yakin pada Allah melebihi segala yg dilangit dan bumi
yakin yang Dia Maha Menghitung
yakin yang Dia sentiasa bersama orang yang berbuat baik
yakin dan tawakkal

Ya Allah betapa peristiwa ini mengajarku
Untuk berjiwa besar
dan.... entah tak dapat aku ungkap di sini
kau fahamkan.

Kau tahu,
episod-episod seperti ini kalau pada zaman Rasul dan sahabat
adalah benda biasa.

Alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...