Pages

Saturday 1 December 2012

SPM in my history

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Yeayy! *buat gaya orang first lepas garisan penamat dalam lumba lari.

SPM dah berlalu 27 November haritu. Terima kasih Allah , beri kesihatan padaku sepanjang exam.
Malah sebelum dan selepas pun aku sihat. Alhamdulillah.

Just nak recall peristiwa waktu exam.

Perkara yang amazing berlaku . Sepanjang hidup aku sebagai pelajar sekolah menengah, tak pernah dalam exam , aku siapkan karangan BM pada waktunya. Seriously , mesti waktu cikgu tengah kutip kertas , aku tengah terkial-kial tulis sampai bergoyang meja. Sangatlahh -.-

Tapi SPM ni, MashaAllah. MashaAllah. MashaAllah. Aku dapat siapkan karangan 15 minit lebih awal. dengan sangat puas hati. Allah beri ilham dari awal dan lancarkan tangan ni sampai habis.
Benarlah , kena doa dan yakin sangat-sangat pada Dia. Sebab malam sebelum tu , aku doa "Ya Allah , Kau bagilah aku dapat jawab exam dengan mudah, tenang , lapang dada dan dibantuMU selalu. Kau cerahkan pandangan dan hatiku, lancarkan tangan-tangan ini . dan agar aku sentiasa teliti dan tak cuai ..

See . Allah Maha Penyayang.

Maths , dari lupa bawak kalkulator dalam dewan , Allah yang ingatkan.

And never in my life , I felt sooooooooooo happy to answer Physics papers. Rasanya Physics paling gerun antara semua subjek. Alhamdulillah , again.

Bio , memang malam sebelum tu struggle juga baca walau mengantuk. Sebab tengok mak semangat ajar dan terangkan kat aku itu dan ini. Rasa bersalah kalau ambil ringan ja. "Sepatutnya kena baca lebih awal , inilah contoh pelajar abad ke 21 ya anak anak"( monolog dlm hati haha.)
Oleh sebab terkejut banyak sangat benda kena ingat (process , istilah etc) , Dia detikkan hatiku untuk berdoa.

" Ya Allah , berilah cahayaMu pada hatiku. Tunjukkan dan berilah soalan keluar yang aku baca , ingat dan faham."

Sebelum tidur, terlintas nak keluar colonisation (actually ni mak yg spot) , reproduction and growth.
Reproduction & growth tu langsung tak baca sebelum ni. tapi tiba-tiba ja malam tu suara dalam hati kata nak keluar. Alhamdulillah. Walaupun aku takla ingat 100% dan jawab perfectly , but I'm still syukur.
And thanks a million, mak sebab tolong terangkan depletion of ozone.. walau berulang-ulang kali melayan anakmu yang blur ni. :')
You are the best teacher for me.

By the way , aku boleh jawab dengan happy sesetengah tu. Dan ada juga tak boleh. Tapi , Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah, yang tak pernah tinggalkan aku walau sesaat dan sentiasa membantuku yang hina ini.

Tiadalah dapat aku lakukan semua itu , tanpa izin dan kasih sayangNya . Walau angkat sebatang pen sekalipun. :')

Semoga kisahku ini dapat menjadi pengajaran buat adik-adik dan semua.
Doa itu sebelum dan selepas usaha.
Doa , usaha , tawakkal , positif = Allah bantu.

# Tiadalah setiap satu itu berlaku , melainkan Allah ingin khabarkan sesuatu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...