Pages

Thursday 6 December 2012

MSMF.

Bismillahirrahmanirrahim.
Ini bukan fiksyen.


27 Mac 19_ _,
Bayi yg suci itu lahir ke dunia. Selepas dia bersumpah di depan Tuhannya, bahawa Tiada yang Lain selain Dia, dan dia . HambaNya.

Tangisannya membawa senyuman bahagia pada dua pasangan itu. Syukur atas hadiah dariNya.

Fasa demi fasa, bayi itu membesar dalam dakapan sayang dua insan mulia. Pakaian, makanan, didikan agama semua cukup. Oh YA! Ketika itu, dia tidak mengenal pun siapa itu Tuhan.Kerana fitrah kanak-kanak yang tidak tahu apa. Tapi, Tuhannya tetap di sisinya untuk melindung dan menjaga. Memberi keselesaan padanya tanpa minta balasan atau penghargaan ketika itu.
Oh ,Maha Baik Tuhannya. Oh bertuahnya dia.

Hingga umurnya empat tahun , keluarga itu dihadiahi lagi seorang bayi. Penambah ceria. Ya, dia sudah bergelar abang pada usia 4 tahun. Dia bahagia kerana di sisi ada ibu , ayah , kakak ,abang dan adik! Lengkap segalanya. Dia membesar dengan senyuman itu.

Ketika sekolah rendah, perangainya mula kelihatan jelas. Pandangan seorang ibu terhadap anak jarang sekali salah. Dia agak tahan barannya. Mudah melenting. Malah siapa saja jadi mangsa pukulannya,terutama abangnya. Tetap, keluarganya melayan dengan kasih sayang. Hati ibu bapa mana tidak resah melihat ini. Lantas, Tuhan mendetikkan hati ibu itu untuk mencari air penawar melalui ustaz. Pasti, setiap kali dia ingin meneguk minum, ibunya tidak pernah lupa memohon pada Dia . Untuk anaknya yang satu itu.

Sampai, tiada jemu.Lama kelamaan, anak itu membesar dengan jiwa yang makin lembut. Dari dahulu. Dengan hati yang baru itu, jadilah dia kini seorang insan yang berhati mulia. Jauh bezanya. Baran itu seolah hampir lenyap. Kata ibu itu, sungguh dia bersyukur pada Allah. Kerana sekali lagi memberi tanpa minta balas. Oh hati, tak boleh ditukar beli di dunia. tapi hanya ada pada Dia.

Adik perempuannya itu, selalu ingin menunggang belakangnya ketika kecil. Dan dia sebagai abang melayan dengan ceria. Kakak dan abang di sisi sentiasa menjaga.

Pertengahan remaja itukan, adiknya itu memandangnya sebagai seorang contoh. Alah, itukan lumrah.Yang besar mesti menjadi contoh pada yg bawahnya. Pada memori perempuan itu, dia tidak mengingat seluruh fasa kehidupan lelaki itu. Yang pasti, lelaki itu sering menjadi rakan bertengkar, bergaduh, bergila-gilaan, bersuka ria. Hah sekepala mungkin. Tidak puas hati itu perkara biasa.

Beza mereka, lelaki itu mahir dalam angka-angka, adik itu lebih pada abjad-abjad. Waktu ting.5, dia pernah menulis essay BI, dan menyuruh adiknya baca. Hmmm quite interesting. Dia tulis tentang "My Girlfriend". Oh pasti mencetus kontroversi. Tapi di akhir ayat , "She is my mother".

Sementara angka-angka yang bermain di fikiran adik itu, dia bantu untuk meleraikan. Bersama abangnya jua.Formula demi formula dicurahkan.Dua orang lelaki itu berusaha , mencipta jalan sendiri untuk adik mereka faham. Ya, Matematik Tambahan terutamanya. Oh mereka berdua selalu mendapat 90-100 untuk subjek itu. Nasihat dia, fikir Math itu senang, maka senanglah. Itu yang adiknya guna hingga kini.

Oh satu perkara. yang sangat segar di memori.Ketika itu, dia mungkin 13-17 tahun. Sedang adiknya bermalas-malas petang hari, terdengar bunyi geledah laci ruang tamu. Perlahan adiknya mengintip. Seketika itu, terdengar suara merdu Sheikh Mishari Rashid Al Afasy bergema. Mengalunkan an-Naba' .Rupanya,dia memasang alunan ayat itu , sambil duduk memerhati skrin TV. Mulutnya mengulang-ulang permulaan ayat suci trsebut dengan ton lagu yang sama. Dia meniru cara bacaan Mishary.

Beberapa hari lepas itu, sering terdengar dia mengalun surah itu di dalam biliknya. Setiap kali. Sehingga dia berjaya menghafal, mungkin sebahagian darinya. Hati pendengar itu tergerak.Selang berapa hari, buku surah dibuka. Mencari surah-78. Sesekali adik itu meniru cara bacaan merdu yg baru didengarnya. Sehingga, adik itu jatuh cinta pada ayat itu, Mungkin ini perasaan yang sama dialami abangnya. Hatinya berbisik.Indah.

Ketika zaman mula-mula Facebook, ramai yang giat menghantar status. Tiba-tiba mata itu tertancap pada skrin.
"Sesungguhnya sedikit sahaja dari hambaKu yang bersyukur." "Ya Allah, masukkan kami ke dalam golongan yang sedikit itu". 
Tercarik senyum. Tak pernah si adik mendengar ayat itu. Sejak itu, dia bercita-cita mengupdate seperti abangnya. Menyentuh hati manusia, dengan ayat-ayat dari Langit.

2011.
Dia kini dewasa. Ada cita-cita yang perlu dikejar.Dengan Jepun, dia dijodohkan.Sewaktu di lapangan itu, aku sedar,masing-masing sudah dewasa dan ada haluannya.Tak akan berkepit selalu lagi.Aku tenangkan diri.Oh, dia kan lelaki. Mesti di sana dia akan mencari makna hidup.Di sana, tiada keluarga disisi, dengan itu dia lebih dekat dengan Yang di atas sana, Yang Sentiasa Menjaga dan Menyayanginya itu. Kan?
Di sana, mungkin Tuhan ingin ajar dia banyak perkara yg tiada di sini, khas untuk dia yg bergelar KHALIFAH. Ya, rancangan Dia mustahil sia-sia tanpa makna

Oh, sebelum terlupa. Akulah perempuan itu, si adik.

Dan dia itu,
Muhammad Saif bin Mohd Fadzil.
Lelaki yang dipilihNya untuk menyambung risalah Nabi, menyebarkan ayat-ayatNya di muka bumi.
Tidakkah itu satu penghormatan dari Dia, sedang beribu yg dahagakan iman?
Oh itu abangku! Yang kusayang lilahita'ala. (^.^) Terima kasih atas pengajaran hidupmu.
May we, family meet in Jannah .Amiin

-Ini adikmu, NDMF-
(masihkah diingat an-Naba' indah itu? :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...