Pages

Tuesday, 25 December 2012

MMF

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini cerita tentang........


23 Januari 19_ _

Seorang lelaki ini.
Waktu aku kecil, aku tak berapa rapat dengan dia.
Biasa-biasa ja.
Sebab waktu dia sekolah menengah, dia masuk asrama.
Dan bila aku sekolah rendah dia nak ke universiti dah.

Menurut mak, dia seorang penyabar.
Mac 2009, dia ditakdirkan untuk mengembara ilmu di tanah Sakura.
Untuk 2 tahun.
Tahun itu, memang tahun rindu bagiku.
Kerana rumah telah hilang dua orang penghuninya.
Seorang itu sementara, seorang itu selamanya.

Seingat aku, dari kecil
Dia suka berlawak dengan adik lelakinya yang sorang tu.
Mereka bagai belangkas.
Dan aku hanya tukang gelak bagi lawak mereka yang unik itu.

Sampai April 2011,
Kami sekeluarga ke KL untuk menjemputnya pulang.
Dia sudah tamat pengajian di bumi itu.

Dan sejak hari itu,
sampai sekarang.
Aku mula lebih mengenali dia dengan mendalam.
Sedikit demi sedikit.
Jika dilihat mata kasar,
dia memang seorang pandai berlawak
tapi, jika betul-betul mengenali
dia banyak ilmunya

Aku sampai terkagum
Bila ditanya tentang isu dunia atau semasa.
Dia kemukan hujahnya berdasarkan fakta .
Dan aku pasti dari jawapannya
Telah banyak buku dan bahan bacaan yang dibacanya

Pernah suatu hari,
Seorang kawanku tuduh melulu tentang isu politik negara kita di FB
Aku tanyakan pendapatnya,
Dia menjawab dengan sabar, setiap butir katanya
Yang paling ku suka, dia pandai dalam memberi contoh/analogi.
Untuk memudahkan pemahamanku

Dari sehari ke sehari,
Aku lebih mengenalinya
Suka berfikir, suka membaca, dan mengkaji
Antara katanya
"Kadang-kadang orang terlalu cepat percaya dengan berita yg didengar oleh mulut manusia, tanpa siasat/kaji dulu kebenarannya / sumbernya."

Bersembang dengan dia
Memang membuka minda.
Aku suka meminta pendapatnya, nasihatnya
Dan dia selalu mendengar ceritaku samada tentang kawanku, sekolah, masalahku.

MashaAllah
Suatu hari aku tanya
"Ada lagi ke laki yang soleh/beragama sekarang ni? Apa definisi soleh tu?"
Nampak tak keberanian di situ.haha
"Soleh tu tak semestinya dia ustaz. Hafaz Qur'an 30 juzuk. Susah nak cari. Tapi cari yang sentiasa ada keinginan untuk berubah ke arah lebih baik. SEntiasa cari kebaikan, nak baiki diri dan iman. Senang cerita, sentiasa cuba untuk jadi lebih baik "

Itu prinsipnya.
Aku terfikir, ada benarnya.
Kadang-kadang kita terlalu mengejar yang sempurna,
dan letak high expectation.
Akhirnya kita kecewa.
Kann?

Dia manja dengan emak ku,
selalu buat gaya ala-ala bayi yang tak berapa jadi tu.
Kononnya comelss.
Aku pun selalu tergelak.

Tanpa aku sedar,
aku sudah terikut-ikut untuk membaca lebih banyak.
Aku tanam azam untuk mengambil tahu banyak perkara sepertinya
Untuk berfikir di luar kotak
Untuk berfikir sebelum menyebarkan maklumat
Untuk cuba mencari bukti atau kaji terlebih dahulu.
Untuk berfikir lebih matang.
Untuk lebih berjiwa besar.

Kalau mahu diceritakan, terlalu panjang di sini.
Cukuplah Dia jadi saksi.

Segala puji bagi Allah
Kerana menghadirkan insan sehebat ini dalam hidupku.
Hadiah dariNya untuk keluarga tujuh ahli ini
Kata-katanya selalu menyejukkan hatiku

Aku bersyukur dan berbangga kerana menjadi sedarah sedaging dengannya.
Bersyukur
Menjadi satu-satu adik perempuannya

Dialah
Abang pertamaku,
Bangah
Muhaimin Mohd Fadzil.

Terima kasih bangah, kerana banyak menjadi pengajaran dalam hidup ku ini.
Secara langsung atau tidak langsung.

Doomo arigatou gozaimas!
Love you very much

Yang benar,
Adik kesayanganmu, ^_^

# Aku selalu terfikir, bertuahnya sapa dapat abang-abangku ini. <3

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...