Pages

Monday, 24 December 2012

Khir Johari dan aku.

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam, jumpa kawan-kawan.
Di Facebook.
Tak sangka, macam sekejap sangat.


Ingat lagi, waktu first time masuk sekolah KJ.
Waktu tu masih mentah. Tak faham sangat makna hidup
TAk pandai itu ini.
Tapi melihat wajah-wajah itu di depan mata,
terasa ada suara memujuk
"You are destined to be with them, in this journey."

Dari 2008 sehingga 2012.
Bukan angka kosong.
Di sebalik angka itu,
aku belajar sesuatu.
Sesuatu yang aku tak akan jumpa di luar sana.
TAK AKAN SESEKALI

Aku pernah tertanya,
kenapa KJ? Kenapa aku tak pilih SBP?
Lama aku tunggu jawapan
Suatu hari, ada satu suara di pelosok hati
"Allah tak pernah silap. Dia letak aku di sini. Mesti ada sebab. "

Ya!
Memang benarlah.
Di tanah itu,
ia dan Dia jadi saksi,
aku berubah dari seorang Dini yang dahulu
kepada seorang Dini yang baru.
Yang kadang-kadang aku semacam tak pernah kenal yang dahulu itu
Dan kadang-kadang aku semacam tak kenal yang baru ini.
Alhamdulillah.

Tanah itu juga,
ketawaku pernah kedengaran,
airmataku pernah menyiraminya.
Tapi kisah itu terlalu panjang untuk aku nukilkan
Bagaimana aku jadi mudah menitiskan airmata.
Bagaimana aku mula melihat perkara dari sudut yang berbeza
Bagaimana aku belajar melepaskan
Bagaimana aku jatuh cinta dan memahami cinta sebenar
Bagaimana aku mula-mula mengenal siapa Tuhanku dengan sebenarnya

Kau tanyalah KJ itu,
tentang kisah-kisahku tika aku bersamanya
terlalu banyak
terlalu pahit
dan terlalu manis

Kau tahu,
tanah itu juga,
jadi saksi aku bertemu insan-insan
ahh bukan.
aku bertemu dengan hadiah dariNya
insan-insan itu hadiah dari Allah buatku

Ada masa mereka buatku senyum, sedu, merah dan terduduk.
Tanpa aku sedar, dalam tempoh itu
Aku telah saksikan mereka membesar
Perubahan-perubahan itu, kisah mereka, airmata mereka
Tanpa aku sedar , mereka juga menyaksikan perkara sama pada diriku

Tanpa mereka sedar juga,
Mereka mengajarkan aku
Sesuatu yang tiada dalam buku
Yang membuatku seorang Dini pada hari ini.


Sampai hari ini, aku masih tak dapat nafikan
Insan-insan KJ itu indah, wonderful.
Tak kira kau sahabatku, guruku, pekebun, makcik kantin/KOOP, atau sapa saja di tanah itu.
Indah dengan cara tersendiri. Yang menyentuh hatiku
Ahh sekali lagi aku jatuh cinta.







Sampai 27 November 2012 itu,
Aku berdiri berseorangan di masjid hadapan.
Memandang bangunan-bangunan itu dari jauh.
Padang itu. Pokok bunga kuning itu.
Setiap satu aku teliti, untuk aku simpan dalam kotak ingatanku.
Tak mahu terlepas. Tak mahu terlupa.
Bila aku pejam mata, terasa memori itu diulang tayang macam filem.
Petang itu aku sedar,
yang aku tak akan masuki pagar itu sebagai pelajar sekolah lagi.
yang aku tak akan menyarung baju Biru itu lagi.
yang aku tak akan menconteng mejaku lagi.
yang aku tak akan mendengar nasihat dan leteran guru-guruku lagi
yang aku tak akan bersembang di koridor kelas pastu lari masuk kelas bila cikgu datang
yang aku tak akan berehat di Surau setiap kali rehat
yang aku tak akan bertadarus di Surau lagi bulan Ramadhan
yang aku tak akan bersalam dengan kawan-kawan setiap pagi sampai sekolah
yang aku tak akan beratur mendengar ucapan PK HEM, Pengetua
yang aku tak akan menyanyi lagu sekolah tanpa rentak tu lagi yg ketua koirnya Cikgu Khairuddin. :p
yang aku tak akan terkejut dengar bunyi mercun setiap kali nak raya
yang aku tak akan berehat dengan kawan di bangku padang
yang aku tak akan kecoh dengan kawan pasal hias kelas/jamuan/spotcheck
yang aku tak akan berebut dengan kawan masuk tandas
yang aku tak akan pergi lawatan dengan kawan-kawan dan atur nak duduk dalam bas sama
yang aku tak akan buat projek KH sama-sama and then landing kat dalam bilik KH like a boss dengan kawan
yang aku tak akan merentas desa dan tak dapat top 20 lagi even dah nak sampai sikit ja lagi dengan geng aku
yang aku tak akan lintas ke masjid Abdul Rahman setiap kali pukul 2.10 pm lagi.

Aku akan berpisah dengan tanah KJ itu.
Untuk meneruskan kehidupan. Menjadi seorang remaja dan dewasa

Berat aku nak tinggalkan semua itu.
terasa lumpuh pun ada.
KJ, kaulah tempat aku membesar.terjatuh, tersungkur, terluka, bangun dan tempat
aku menemui diriku dan DIA.

Terima kasih Allah,
kerana tempatkan aku di situ.
kerana tulis cerita kami dengan indah sekali
kerana pertemukan aku dengan mereka
aku tahu
ini bukan kebetulan
tapi disengajakan.


"People may not remember exactly what you did, or what you said, but they will always remember how you made them feel"


*Tolong jangan lupa aku , kawan. Dalam doa dan ingatanmu. :')


kenapa macam nak buat buku ni?
enough for these tears yang buat mataku bengkak. 
:)

credit gambar to Cikgu Anwar Fadzil yang sporting.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...