Pages

Thursday, 12 April 2012

Aku seorang M.

Aku seorang Muslimah..
Dikurniakan oleh Tuhanku sifat malu..
Pembenteng diri dari kehinaan..
Itulah tanda Allah amat menyayangi setiap Muslimah....
Aku seorang Muslimah...
Kecantikan paras rupa bukanlah segalanya..
Keelokan bentuk tubuh badan tidak pernah ku risaukan...
Aku memandang diriku dengan senyuman bahagia...
Sedang mereka memerhati dengan penuh persoalan...
Kerana mereka tidak tahu.... bahawa Tuhanku tidak memandang semua itu.. melainkan keimanan dan ketaqwaan yang sebenarnya..

Kecantikan bukanlah untuk diperdagangkan...
Kerana semuanya akan pudar dan hilang hingga ke suatu masa.....
Kerana dunia bukan selamanya....

Biarlah aku memilih untuk melindungi kurniaan Allah ini...
Biarlah aku memilih untuk menutupi diriku dari pandangan mata yang tidak berhak..
Biarlah aku memilih untuk menghargainya kerana ia bukan milikku yang abadi....
Biarlah aku memilih untuk memagari diriku dengan duri-duri supaya tidak mudah didekati......
Biarlah aku memilih ..Memilih dan aku pasti... Pilihanku tidak akan salah.........
Kerana janji Tuhanku sentiasa bergema di dalam kalbuku...

Aku memilih untuk menjadi Muslimah yang diredhai Tuhannya..
Bukan perempuan yang digilai pemuda dunia..
Aku memilih untuk menjadi cantik SELAMANYA!
Dan semua itu hanyalah di Syurga menanti... INSYAALLAH!
-nini-
2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...